Ismi...

My photo
Blog ini wujud atas dasar aku ingin berkongsi setiap apa yang dipost oleh sahabat-sahabat dan rakan fesbuk ataupun sahabat-sahabat dari blog-blog lain agar dipermudahkan lagi untuk membaca dan menimba ilmu dengan lebih mendalam tentang Islam dan juga kata-kata hikmah,kata-kata semangat dan kata-kata yang memberi aku satu peluang untuk teruskan kehidupan ini dengan rasa kesyukuran di atas setiap kejadian dimuka bumi ini.aku wujudkan blog ini untuk mengubah diri aku menjadi lebih baik dari dulu...semoga Allah perkenankan setiap apa yang aku buat ini dan moga Allah mengampuni setiap dosa yang pernah aku lakukan,yang sedang aku lakukan dan yang bakal aku lakukan...Wallahualam...TERIMA KASIH ALLAH kerana bagi aku ruang dan peluang sekali lagi untuk mengubah kehidupan aku ini....I LURV U ALLAH...
"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"

Saturday, 12 November 2011

Menjadi Isteri Diredhai Allah



TIADA lebih membahagiakan bagi seorang suami melainkan memanjatkan rasa kesyukuran dan bertuahnya mereka apabila dikurniakan seorang isteri yang bijak, solehah, bersederhana serta mempunyai watak menarik.
Ia dikira ‘pakej lengkap’ bagi seorang wanita selepas sifat kesempurnaan seorang isteri itu subur dalam diri mereka. Dalam melayari kehidupan rumah tangga pasangan suami isteri perlu memiliki kekuatan mental dan fizikal.

Mereka perlu sentiasa mempertingkatkan kemahiran asas rumah tangga dan meminta pandangan dan nasihat daripada golongan berpengalaman seperti ibu bapa mereka.
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…” (Surah An-Nisa’ ayat 34)
Ketaatan isteri kepada suaminya memudahkan mereka mendapat syurga Allah s.w.t di akhirat kelak kerana ketaatan terhadap suami menjadi ukuran kepada keredaan-Nya.
Diceritakan oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam Israk Baginda di mana kebanyakan penghuni neraka adalah kaum wanita iaitu termasuk wanita derhaka kepada perintah Allah s.w.t dan suaminya.
Isteri yang taat dapat dinilai melalui bicaranya yang memperlihatkan kelembutan dan kesopanan, mereka juga tidak sesekali memerintah suaminya, berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, apabila suami masuk atau keluar rumah mereka menyambut suami dengan penuh mesra, sentiasa menghormati keluarga suami, bersyukur dengan apa yang disediakan suami serta tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.
Bagaimanapun, ketaatan isteri terhadap suami tidak berlaku dalam semua perkara. Sekiranya perintah suami itu menjurus kepada dosa dan kemaksiatan isteri dibenarkan membantah.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya lantaran begitu besar Allah jadikan hak lelaki ke atas wanita.”
Berhias untuk suami juga penting dalam mengekalkan keharmonian hidup suami isteri. Namun isteri hanya boleh memperlihatkan perhiasan hanya buat suami mereka saja.
Ia bertujuan untuk menjadikan suami mereka terhibur. Bayangkan jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih namun apabila melihat muka isteri berseri-seri pasti akan menimbulkan suasana tenang kepada suami.
Keletihan mencari rezeki akan menjadi hilang malah membangkitkan lagi perasaan kasih sayang terhadap isterinya. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Dari Jabir ra. Dia berkata: ‘Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana lama ditinggalkan suaminya.’”
Selain itu, hubungan intim juga antara penyumbang kepada kebahagiaan sebuah rumah tangga. Sebab itu, isteri perlu memberi layanan yang baik kepada suami dan tidak boleh menolak kemahuannya.
Terdapat banyak kes membabitkan pasangan yang tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan sehingga sampai ‘berperang besar.’

Perkara sedemikian perlu dielakkan kerana ia mencetuskan suasana tegang antara pasangan.
Isteri hanya boleh menolak permintaan suami dalam keadaan tertentu seperti dalam keadaan sakit atau dalam keadaan dilarang syarak untuk melakukan persetubuhan seperti dalam keadaan haid.
Kemuliaan dan ketaatan isteri di mata suami akan lebih terserlah apabila mereka mampu menjadi teman berunding apabila suami menghadapi masalah.
Isteri perlu tahu ketaatan mereka kepada suami adalah perintah daripada Allah s.w.t. Isteri yang tidak taat pada suaminya bererti dia tidak menjaga hak suami dan perbuatannya itu boleh membawa kepada nusyuz.
Ulama asy-Syafi’eyah mentakrifkan nusyuz seorang isteri ialah keluar dari melakukan ketaatan yang wajib terhadap suaminya. Antara perkara yang menunjukkan isteri nusyuz terhadap suaminya ialah keluar rumah tanpa keizinan suami.
Fuqaha bersepakat mengatakan haram hukumnya seorang isteri yang nusyuz terhadap suaminya. Mereka dilaknat selagi mana tidak melakukan taubat.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, beliau berkata Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu isteri menolak untuk pergi (kepada suaminya), malaikat melaknatnya (isteri) sehingga (masuk) waktu pagi.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Islam meletakkan beberapa tindakan dalam menangani masalah isteri nusyuz antaranya ketika nampak tanda nusyuz pada isteri sama ada dengan perbuatan seperti isteri bermasam muka atau berpaling atau isteri menjawab percakapan suaminya dengan suara kasar maka sunat ke atas suami memberi nasihat.
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka.” (Surah an-Nisa: 34)
Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Nasihatilah kaum wanita secara baik kerana wanita itu diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang berada di bahagian yang paling atas. Jika engkau meluruskannya bererti engkau mematahkannya; dan jika engkau membiarkannya maka dia akan tetap bengkok. Oleh itu, nasihatilah kaum wanita secara baik.” (Hadis riwayat Al-Bukhari no. 3331 dan Muslim no. 1468)
Justeru buat isteri, rebutlah peluang mudah jalan menuju ke syurga dengan melaksanakan kewajipan terhadap Allah serta mentaati suami.
Perunding motivasi dan penceramah, Human Touch Consultant, Datuk Mohd Zawawi Yusoh, berkata isu yang dikaitkan dengan Kelab Isteri Taat mempunyai misi tersurat dan tersirat.
“Matlamat mereka adalah untuk mengajak golongan isteri supaya berpoligami.
“Ia sebenarnya tidak perlu diperbesar-besarkan kerana isu yang lebih penting ialah memberi fokus bagaimana untuk menjana pendapatan golongan janda, keruntuhan rumah tangga serta memperbaiki kelemahan diri sendiri,” katanya.
Beliau berkata poligami sebenarnya adalah untuk mereka yang berkemampuan dan boleh memberi keadilan kepada setiap wanita yang dinikahinya.
“Hanya lelaki yang benar-benar boleh berlaku adil dan berkemampuan untuk menyara kehidupan anak dan isteri boleh berkahwin lebih daripada satu berdasarkan hukum syarak.
“Allah berfirman dalam surah An-Nisaa’ ayat 3 yang bermaksud: “Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang baik bagimu, dua, tiga atau empat orang. Tetapi jika kamu takut bahawa tidak akan berlaku adil, maka kahwinilah seorang saja atau hamba sahaya yang demikian itu lebih dekat kepada tidak teraniaya.”
“Apa yang kita tidak mahu ialah jika ada yang mengambil kesempatan dengan kekurangan yang dimiliki namun mempunyai impian untuk mempraktikkan poligami. Dalam Islam kita ‘takut’ isteri kerana bimbang tidak dapat berlaku adil sesama mereka,” katanya.
Mohd Zawawi berkata dalam perkahwinan, malah poligami sekalipun matlamatnya bukan nafsu seks semata-mata kerana semua itu bersifat sementara.
“Nafsu manusia ini sebenarnya tidak pernah ‘kenyang’. Semua orang mesti ingat bahawa sebab utama poligami ialah untuk keadilan, ketaatan dan akidah.
“Ramai yang menyatakan tujuan mereka berpoligami adalah untuk mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w. Tetapi Rasulullah s.a.w sebenarnya berpoligami atas sebab syarak. Pokok pangkalnya, hanya akidah yang mampu menyelesaikan nafsu tidak terbatas,” katanya.
Beliau berkata suami boleh guna kaedah poligami atas sebab terdapat masalah kesihatan atau keturunan yang membabitkan pihak isteri.
“Wajib berpoligami jika bimbang suami akan terjerumus ke dalam kancah maksiat. Maka poligami menjadi penyelesai masalah terutama berkaitan kesihatan dan keturunan yang menjadikan kehidupan itu lebih harmonis,” katanya.

sumber : Harian Metro Online 20 July,2011

Anehkan?

anehkan...
kita tahu kita ada banyak dosa..
tapi kita tidak rasa berdosa..
sebab itulah kita kurang beristighfar..

anehkan..
kita tahu kita akan mati..
tapi kita sentiasa merasakan kita lambat lagi nak mati..
sebab itulah kita masih lagi bertangguh untuk bertaubat.

anehkan..
kita tahu dunia ini sementara..
tapi kita sentiasa merasakan dunia ini segalanya
sebab itulah kita lupa mengumpul bekal untuk akhirat..

anehkan..
kita mengaku menjadi hambaNya..
tapi kita tidak menuruti perintahNya
sebab itulah kita sombong dan menolak hukumNya..

anehkan..
kita kita juga mengaku sebagai umat Muhammad SAW..
tapi kita tidak mengamal sunnahnya..
kita harap syafaat Baginda..
tapi kita kurang berselawat keatas Rasul Junjungan kita..

anehkan..
kita mengharapkan syurga Allah..
tapi amal perbuatan kita lebih menuju ke neraka..

Nauzubillah..

sumber : Noorhaslina Halim @ C.A.C.A(cinta Allah cinta Abadi)
Bila aku meminta KEKUATAN,
Allah memberi aku RINTANGAN agar aku kuat.

Bila aku meminta KEBIJAKSANAAN,
Allah memberi aku MASALAH agar aku menyelesaikannya.

Bila aku meminta KEKAYAAN,
Allah memberi aku AKAL agar aku bekerja.

Bila aku meminta KEBERANIAN,
Allah memberi aku BAHAYA-BAHAYA dan DUGAAN agar aku mengatasinya.

Bila aku meminta CINTA,
Allah memberi aku ANAK-ANAK TERBIAR untuk aku bantu.

Bila aku meminta KURNIA,
Allah memberi aku KESEMPATAN.

Dalam semua hal itu...
aku TIDAK MENERIMA apa yang AKU INGINKAN,
Tetapi AKU menerima apa yang AKU PERLUKAN.
Ternyata doaku telah dikabulkan-NYA


sumber : Zahir Hazique @CINTA ALLAH CINTA ABADI

Falsafah 5 Jari




Falsafah 5 jari dalam kehidupan sosial manusia :


1. Ada yang gempal, ibu jari yang selalu berkata baik dan menyanjung.

2. Ada telunjuk yang suka menunjuk dan memerintah.

3. Ada si panjang, jari tengah yang sombong dan suka menghasut jari telunjuk.

4. Ada jari manis yang selalu menjadi tauladan, baik, dan sabar sehingga diberi hadiah cincin.

5. Ada kelingking yang lemah dan penurut serta pemaaf (waktu kecil kalau kita berbaik dengan musuh kita selalunya saling sentuh jari kelingking).

Dengan perbedaan positif dan negatif yang dimiliki masing-masing jari, mereka bersatu untuk mencapai tujuan (menulis, memegang, menolong anggota yang lain, melakukan pekerjaan dan sebagainya).



Kita selalu dengar pepatah satu jari telunjuk di tujukan kepada orang lain tetapi 4 jari menunjuk kepada diri kita sendiri.

Jadi, kalau kita gunakan 1 jari telunjuk kepada orang lain dengan memaki. Maka secara tidak langsung kita 4x lipat ganda memaki diri kita sendiri.

Kita diciptakan dengan segala perbedaan yang kita miliki dengan tujuan untuk bersatu, saling menyayangi, saling menolong, saling membantu, saling mengisi, bukan untuk saling menuduh, menunjuk, merosak,menfitnah bahkan membunuh.

Wallahu a’lam.


sumber : BIDADARI BERMATA BENING MENCARI CINTA ILAHI

Aku tidak Solat tetapi Aku Tetap Berjaya...Itu adalah Istidraj...apa itu Istidraj?

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha.

Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat b...aik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.


Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar? Maka saya hendak bertanya kepada anda. Adakah anda tahu apa itu istidraj? Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar.

Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj? Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya. Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT. Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusia yang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan. Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab, “ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku” Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba. Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran. Nah…

Apakah itu yang kita mahu? Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian? Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?” Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj. Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan.

Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya. Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil. Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu. Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH. “ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa” ALLAH menjawab, “ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya” Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi.

Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman, “ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…” Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan.

Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita. Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur.

Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita. Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj? Saya yakin tidak.. Anda tenang sekarang? Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting.

Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT. Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita. Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula. 

Kecantikan lelaki Kegagahan Wanita


Assalamualaikum allz....hari ni macam biasa aku suke jelajah blog-blog orang...bila mana hati tak keruan dan dari aku rase tadek buat papepun,aku jumpe la satu blog (http://pelayarilmu.blogspot.com/) menyatakan kecantikan lelaki kegagahan  wanita...biasenye kiter dengar kecantikan wanita dan kegagahan lelaki,


betul tak?...jadik...ape kater kiter baca sesame ape maksud disebalik


kecantikan lelaki kegagahan wanita kat bawah nieh okeyh...:)


Kecantikan Lelaki
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani
Lelaki yang cantik.....................
Adalah lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan,
Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran,
Adalah lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun,
Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada,
Adalah lelaki yang baik sangka dan,
Adalah lelaki yang tak pernah putus asa.
Kecantikkkan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati
Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang umi adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan,
Perempuan yang gagah.................
Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan,
Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan,
Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah
ditinggalkan,
Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala
keinginan,
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman,
Seluruh kegagahan ini ada pada Khatijah yang ehsan.
Adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan...
p/s : "terciptanya kaum hawa dari tulang rusuk yang lembut lagi bengkok adalah bagi melindungi kekerasan hati(keegoan) kaum adam"


Siapa Yang Nak Hadiah?

✿•¸.•´¯✿•¸.•´¯✿•¸.•´¯✿•¸.•´¯✿•¸.•´¯✿•¸.•´¯✿•¸.•´¯✿•¸.•´¯✿•¸.•´¯✿
Siapa yang nak 'hadiah'? (^_^)

Tapi ada syarat-syarat yang perlu anda lakukan sebelum layak menerima 'hadiah' tu..

... ♥♥ Tatkala diuji dengan pelbagai musibah yang tidak pernah surut, redha dan ikhlaslah dengan aturan-Nya, katakan pada diri "aku mahu lulus ujian ini.."

♥♥ Tatkala hadir sesuatu yang kita tidak suka dan airmata membasahi pipi, perbanyakkan zikrullah dan bersabar, katakan pada diri "aku mahu lulus ujian ini.."

♥♥ Tatkala hadir sesuatu yang menyesakkan jiwa dan mengusutkan fikiran, cubalah untuk bertenang dan berlapang dada, katakan pada diri "aku mahu lulus ujian ini.."

===> sakitkan? pedihkan rasa hati? terasa lemahkan jiwa kita? mestilah kerana Allah S.W.T mahu kita tahu bahawa kita ini hanyalah HAMBA. Redhalah, ikhlaslah, tenanglah, sabarlah kerana Allah S.W.T sendiri akan berikan 'hadiah paling istimewa' buat hamba-Nya yang lulus ujian ini.

p/s: "tiada daya upaya, tiada kekuatan melainkan pertolongan dari Allah S.W.T"
(。◕‿◕。)
✿•¸.•´¯✿•¸.•´¯✿•¸.•´¯✿•¸.•´¯✿•¸.•´¯✿•¸.•´¯✿•¸.•´¯✿•¸.•´¯✿•¸.•´¯✿
 
sumber : Mohd Rizal @PBM

Nota Hati Seorang Lelaki



Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah kisahnya...

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....

” Ada duit? Minta ayah sedikit..”

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka ’sporting’ dan tidak banyak meragam.

”Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit,” Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya.

” Bagilah beberapa yang ada,” cadang emak pendek.
”Takkan 5 ringgit?”

Emak mengganguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih ’untung’ 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana ’tidak ada’, tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

”Nanti, besarlah kereta kamu ini....” ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

” Eh tak payahlah ayah...” sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

”Kenapa, dah kaya?” usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi ’dikebas’ oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya. Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tah apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :

” Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan ’liabiliti’ tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

”memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa.”

Baiklah, inilah sebenarnya rahsia ’perniagaan’ yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada? Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!

SUMBER  : Surat Bawah Pintu

Bagaimana Jika Nyawa Kita Bergantung Pada Doa ORang Lain?...



Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Bismillahirrahmanirrahim.....

Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.
Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di Gurun, Kedah.
Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.

Sewaktu beliau koma;-

Beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya. Beliau agak kebinggungan ketika itu.Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.
Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah yasin untuknya. Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah. Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima. Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.
Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang terjadi padanya kini. Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.Hanya tinggal 10 minit lagi. Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan, Jawab Malaikat “Ya:.

Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya dan berkata, Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian. Roshaizad bertanya, siapakah orang-orang itu. Malaikat menunjukkan mereka itu. Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat zohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan. Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan zohor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt.

Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang Roshaizad tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.Isteri beliau yang ada di sisinya turut menangis dan juga saya. Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menanggis selepas sedar dari komanya. Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda sekalian.

Apa yang disesalkan:
 
1.Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doanya amat ikhlas.

2.Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada saya kalaupun saya mati

3.Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doanya tidak ikhlas. termasuk dengan saya.

4.Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doanya tiada keikhlasan.

5.Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.

6.Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.

7.Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.

8.Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.

9.Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar

10.Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.
Sahabat:

Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini. Ambillah ikhtibar dari cerita ini.Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.
Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa bersama keluarga.Imarahkan masjid selalu. Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu. Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka.Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan. Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri. Selalulah memberi.

Wallahualam.....

Sumber : Surat Bawah Pintu 25-02-2011



~✿..Andai dapat aku PUTARKAN masa kembali, tentu aku akan MEMILIH untuk tidak mengenalinya..sukar benar mahu MEMADAMKAN sebaris nama itu dari relung hati ini..mudah benar bayangannya mengganggu KEKHUSYUKKAN solatku..terngiang-ngiang suaranya di telingaku..✿~

Ah..DI MANA Dia di hatiku?

>>> Aku hanya memerlukan MASA untuk menenangkan qalbi yang sedang sulit ini..Ya Allah, JAGALAH hatiku ini..teguhkan IMANKU..hanya padaMu Ya Rabb..

sumber : LELAKI SOLEH IDAMAN WANITA SOLEHAH

Friday, 11 November 2011

Wahai Ayah & Suami



Sekadar perkongsian bersama dan renungan untuk semua..ini bukan kali pertama,kedua dan ketiga jumpa orang yg macam ni.ntah kali ke berapa dah jumpa orang yg macam ni.kita cuba himpunkan semua dialog-dialog dari semua orang yg pernah lontarkan pada dan campurkan dan jadikan dalam satu bentuk dialog saja.apa yg orang-orang sebelum ini pernah lontarkan kata-kata semua lebih kurang sama je..tak ada kaitan dgn sesiapa pun sama ada yg masih hidup atau pun yg dah mati..renung-renungkanlah..kongsi sampai mati..ingat sampai mati.

Satu situasi :

Si A : komen dalam gambar seorang perempuan dan cakap “ nampak lengan tu.tutup aurat sikit ”

Si B : kamu komen tu memalukan saya.nak tegur pun ilmiahlah sikit.ustaz-ustaz pun tegur ada cara

Si A : kenapa nak rasa malu pula?orang yg sememangnya berhak dan lebih layak lagi utk tegur kamu cara ilmiah ialah suami kamu.kamu tu adalah amanahnya dan tanggungjawabnya. setiap kesilapan,kesalahan dan dosa yg kamu buat sama ada secara sedar atau tak disedari oleh suami kamu,suami kamu yg akan tanggung dosa kamu lebih teruk lagi dari kamu.
Si B : kesian kat u…

Si A : buat apa kesian kat saya?tak perlu.kesian kat diri kamu sendiri tu dulu.kenapa nak rasa malu pula bila orang komen dalam gambar di facebook macam tu?kenapa pula cakap saya nak memalukan kamu bila komen macam tu?sebenarnya kamu tu sendiri yg dah memalukan diri kamu tu terlebih dahulu tau.letak gambar kamu yg tak tutup aurat tu tak rasa malu pula.pakai tudung elok dah cantik kemas tapi aurat lain pula terdedah dan tak tutup.itu maruah dan harga diri kamu.takkan tak rasa malu kot.kalu tanya kamu sendiri kamu nak ke orang lain tengok kamu punya tubuh atau bentuk tubuh kamu?mesti kamu pun akan jawab tak nak.dalam facebook tu bukan satu Malaysia je yg tengok tapi satu dunia yg tengok.takkan tak rasa malu kot nak tanggung dosa tu banyak dan bagi suami pula tanggung lagi dosa kamu tu?pikirlah elok-elok.tepuk dada tanya iman dalam diri

Si B : i kesian kat u..belajar di uia..boleh cakap macam tu

Si A : kesian?tak perlu kesian.kamu tu yg kena kesiankan diri kamu tu dulu sebab bagi orang tengok aurat kamu dan kamu pula sebarkan fitnah kepada siapa-siapa yg dalam facebook yg tengok gambar kamu yg tak tutup aurat.perempuan ini senjata iblis yg paling tajam.dengan kerana perempuanlah juga manusia boleh dapat kenikmatan dan ganjaran,kerana perempuan jugalah manusia boleh dapat bala,musibah dan azab.

Si B : tak komen apa-apa dan tak cakap apa-apa

Si A : alahai…tak perlulah kesian kat saya..kesian kat diri sendiri dulu

Si B : kenapa nak cari kesalahan orang?

Si A : siapa nak cari kesalahan orang?tak ada siapa teringin nak cari kesalahan kamu atau sesiapa.cuma kamu tu yg cari kesalahan dengan Allah.tak ke macam tu?bukan main pula sedap cakap kita nak cari kesalahan dia.habis tu,kamu tak pernah buat salah ke?kamu ni malaikat ke?dah letak gambar sendiri tak tutup aurat tu tak salah ke mengikut syariat?

Si B : bukannya aurat kamu.sibuk tepi kain orang buat apa?

Si A : iye betul..memang bukan aurat saya.tapi kamu ingat kamu je yg hidup atas dunia ni sbg perempuan?banyak je lagi perempuan lain atas dunia ni tapi boleh je jaga aurat tu dgn elok. banyak lagi perempuan lain yg cantik-cantik lawa dari kamu lagi tapi tahu je memahami apa itu erti menjaga aurat dan kesucian seorang wanita mengikut kaca mata Islam.

Si B : kamu nak kata saya ni perempuan tak sucilah ye?

Si A : saya tak cakap macam tu.kamu yg kata.tapi nak tanya kamu sendirilah.kamu letak gambar dalam facebook tak tutup aurat tu dan biar jadi public semua tengok tu dah kira suci ke?tak ke tu menambahkan lagi dosa pada diri kamu yg menghilangkan kesucian pada diri kamu sbg wanita?jadi kamu ingat bila seorang perempuan dah disentuh atau diperkosa ke dirogol atau berzina baru dikatakan perempuan tu tak suci macam tu?kamu salah faham

Si B : kubur masing-masing
Si A : iye betul..memang kubur masing-masing tapi malaikat yg nak tanya dalam kubur tu nanti malaikat yg sama juga..malaikat Mungkar dan Nakir..tak ada malaikat lain dah..kenapa?kamu tu special sangat ke bila mati nanti masuk dalam kubur malaikat lain yg datang jumpa dan tanya kamu dalam kubur nanti soalan kubur?

Inilah satu contoh senario yg selalu dah ada dalam masyarakat..sbg pengajaran :

1. Buat kaum lelaki yg dah bergelar suami,sememangnya kamu mempunyai amanah yg berat dan tanggungjawab yg besar Allah berikan kpd kamu iaitu isteri..gara-gara kerana isteri seorang suami boleh ke syurga Allah..gara-gara kerana isteri jugalah seorang suami boleh di humban ke neraka Allah terus.didiklah isteri-isteri kamu dgn sebaik-baiknya..mereka juga asal dari tulang rusuk kaum lelaki.
2. Buat kamu perempuan yg dah bergelar isteri,sememangnya kamu juga mempunyai amanah yg berat dan tanggungjawab yg besar iaitu suami kamu..gara-gara kerana kamu juga suami kamu boleh ke syurga.gara-gara kerana kamu juga suami kamu boleh di humban ke neraka Allah terus.dan gara-gara kerana kamu jugalah suami dan kamu boleh dihumban ke neraka Allah terus.sentiasalah minta didikan dan tunjuk ajr dari suami kamu lebih-lebih lagi tentang ilmu agama.

3. Buat kamu wanita,sudah jelas sememangnya tubuh badan dan susuk badan kamu itu wajib di tutup dan tak boleh dibuka aurat kamu tu sendiri sama ada sengaja atau tak sengaja.tubuh badan kamu tu hanya halal utk dilihat oleh suami kamu saja dan juga mahram kamu.jangan lupa apa firman Allah :

katakanlah kepada wanita beriman : hendaklah mereka menahan pandangannya dan kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali pada yang ( biasa ) nampak daripadanya.dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya,dan janganlah menampakkan perhiasnnya kecuali kepada suami mereka,atau ayah mereka,atau ayah suami mereka,atau putera-putera mereka,atau putera-putera suami mereka,atau saudara-saudara laki-laki mereka,atau putera-putera saudara lelaki mereka,atau putera-putera saudara perempuan mereka,atau wanita-wanita islam,atau budak-budak yang mereka miliki,atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan ( terhadap wanita ) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.dan bertaubatlah kamu sekalian kepad Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung

( An-Nur : 31 )
4. Buat yg dah bergelar suami dan isteri,peliharalah keluarga kamu dgn baik.peliharalah isteri kamu,suami kamu dan keluarga kamu semua dari terhumban ke neraka.lebih-lebih lg jika seorang anak perempuan atau seorang isteri tak menutup aurat dan mendedahkannya sesuka hati,kamulah yg akan diheret oleh isteri kamu atau anak perempuan kamu ke neraka andai kamu sbg seorang ayah atau suami tak menegur kesilapan mereka.jangan lupa firman Allah :

wahai orang-orang yang beriman,peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu : penjaganya malaikat-malaikat yang kasar,keras dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada meraka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan

( At-Tahrim : 6 )

5. Bila ada org yg komen dalam laman sosial,perlu juga kita harus ingat bahawa itu pun adalah satu bentuk teguran dan peringatan pd diri sendiri.seharusnya perlu bersyukur kerana ada juga manusia yg berani menegur dan memperingatkan kita walaupun secara tak langsung melalu laman sosial.siapa-siapa pun yg tengok gambar perempuan ISLAM yg tak tutup aurat pasti akn rasa sedih dan akan komen walaupun tidak komen atau tegur secara langsung dalam laman sosial tp akan berkata di hatinya sendiri dan akan tawakal kpd Allah mudah-mudahan org itu akn berubah nanti.untuk apa perlu malu pd teguran org?teguran utk kebaikan.sama-sama trima seadanya.malu dgn sama-sama manusia ni hanya sementara saja tp malu dgn Allah bila buat dosa sampai bila nak menahan dan tanggung rasa malu tu?tepuk dada tnya iman dalam diri sendiri..jwb sendirilah.
6. Kalau nak letak gambar dalam facebook ke atau tak kira apa jenis laman sosial skalipun, biarlah gambar yg sopan sikit.letak gambar sampai nampak aurat diri sendiri tu apa crita?bila ada org komen atau tegur,dikatakan kita nak memalukan dia..dikatakan pula kita nak mencari kesalahan dia.padahal hakikatnya diri sendiri tu yg tak sedar telah melalukan diri sendiri terlebih dahulu dgn meletak gambar yg terbuka aurat dan dalam masa yg sama juga diri sendiri tu telah buat kesalahan dgn Allah bila letak gambar yg tak tutup aurat.

7. Sebagai yg terakhir,bila kita bercakap dgn org yg lebih arif dan alim dalam bidang agama tak kira siapa-siapa pun,jgn pula kita cuba nak berlagak pandai menyombong seolah-olah kita tu dah alim sgla-galanya.padahal hakikatnya kita tu masih kurang arif.jgn ingat bila kita tu dah berpangkat besar,orang kaya atau orang yg ada pengaruh besar,kuat dan kredibiliti yg hebat,kita tu dah pandai dan alim segala-galanya.

Sama-sama saling ingat-memperingati..andai ada yg terlebih dan tersilap dalam diri masing-masing segeralah bertaubat sebelum terlambat..wallahu a'lam

sumber : Asyraf Ahmad @FB

Sayangnya Allah Pada Perempuan

SAYANGNYA ALLAH PADA PEREMPUAN

Siapa kata jadi perempuan tu SENANG

Nak kena tutup sana, tutup sini

Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising

Perempuan, stoking pon kena pakai

Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari

Komfem x tahan bertutup semua

Tapi, perempuan cool jek

Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang

Tiap2 bulan, mesti ada penyakit

Nak pergi kelas pon susah

Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit

Cuba tengok budak lelaki , selamber jek

Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit

Tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek

Tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit

Hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang

Hati ni Allah jadikan lembut betul

Cepat jek sensitif

Cuba tengok orang putus cinta

Selalu perempuan yg paling susah nak lupa

Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru

Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

Siapa yg paling teruk menangis

Perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi

Lembut tak lembut hati perempuan

Tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki

Hebat tak perempuan?

Disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk Dengan Allah

Diorang cakap, Allah x adil

Kenapa Allah lebihkan lelaki

Kenapa perempuan kena dengar cakap suami

Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah

Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan

Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg bebel

Diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'

Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki

Diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

Kesian kan kat diorang

Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang

Diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

Persoalannya sekarang

Betul ke Allah x adil dengan perempuan

Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa Kalau bukan kaki ibunya

Betul, isteri kena ikut cakap suami

Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

X adil lagikah Allah pada perempuan

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

Cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu

MashaAllah, hebatnya perempuan kan

Kenapa perempuan hebat? sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

Cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio

Banyak lagu pasal perempuan kan

Contohnya macam lagu SUMAIYYAH,

Jarang kita dengar lagu pasal lelaki

Sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam Tu sekali dekat dunia

Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...

Orang akan cakap:

'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

Kita x pernah dengar orang cakap:

'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'

Kan? Hebat x Allah jadikan perempuan tu

Masih x adil lagikah Allah dekat perempuan

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

Perempuan senang nak masuk syurga

Tengok hadis ni:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

X adil lagikah Allah dekat perempuan

Oh perempuan, sedarlah

Betapa sayangnya Allah dekat kita

Betapa cintanya Allah dekat kita

Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia

Bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan

Dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah

Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan

Sekadar perkongsian bersama

~ Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah krn dia adalah dari tulang rusukmu.. Lindungi dia dari fitnah dunia.~

Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi

p/s : Ana wanna be the ONE Muslimah Sejati....Insya ALLAH ^_^

Sumber : Laman Muka Buku