Ismi...

My photo
Blog ini wujud atas dasar aku ingin berkongsi setiap apa yang dipost oleh sahabat-sahabat dan rakan fesbuk ataupun sahabat-sahabat dari blog-blog lain agar dipermudahkan lagi untuk membaca dan menimba ilmu dengan lebih mendalam tentang Islam dan juga kata-kata hikmah,kata-kata semangat dan kata-kata yang memberi aku satu peluang untuk teruskan kehidupan ini dengan rasa kesyukuran di atas setiap kejadian dimuka bumi ini.aku wujudkan blog ini untuk mengubah diri aku menjadi lebih baik dari dulu...semoga Allah perkenankan setiap apa yang aku buat ini dan moga Allah mengampuni setiap dosa yang pernah aku lakukan,yang sedang aku lakukan dan yang bakal aku lakukan...Wallahualam...TERIMA KASIH ALLAH kerana bagi aku ruang dan peluang sekali lagi untuk mengubah kehidupan aku ini....I LURV U ALLAH...
"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"

Thursday, 10 November 2011

Haiwan Kesayangan Rasulullah S.A.W

Kucing adalah haiwan kesayangan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Memeliharanya adalah sunnah. Besar pahala manusia yang mengamalkan sunnah nabi ini.

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya.

Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa ada bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya.
Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing.
(HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni)
Hadis ini diriwayatkanMalik, Ahmad, dan Imam hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, yang badan, keringat, bekas dari sisa makanannya suci.


Tidak salah rasanya untuk kita sama-sama menghidupkan kembali sunnah yang sudah lama hilang. Mungkin banyak amal kebajikan lain yang kita tidak mampu laksanakan. Namun dengan sedikit usaha kita memelihara haiwan kesayangan nabi ini, siapa tahu ia akan dikira suatu amal kebajikan yang cukup besar di sisi ALLAH. Barangkali ianya juga akan membantu kita di hari kemudian. Tuhan itu maha adil. Setiap kebaikan yang kita laksanakan pasti akan diberi ganjaran. Percayalah.

Berbaktilah pada sesiapa sahaja. Bukan sahaja pada manusia tetapi juga pada binatang haiwan ternakan. Walaupun mereka tidak punya akal untuk berfikir, tetapi dengan setitik nilai kasih sayang yang kita curahkan buat mereka akan dikira sebagai suatu amalan yang cukup besar olehNYA.













sumber : Shoutul Qolbi blogger

No comments:

Post a Comment