Ismi...

My photo
Blog ini wujud atas dasar aku ingin berkongsi setiap apa yang dipost oleh sahabat-sahabat dan rakan fesbuk ataupun sahabat-sahabat dari blog-blog lain agar dipermudahkan lagi untuk membaca dan menimba ilmu dengan lebih mendalam tentang Islam dan juga kata-kata hikmah,kata-kata semangat dan kata-kata yang memberi aku satu peluang untuk teruskan kehidupan ini dengan rasa kesyukuran di atas setiap kejadian dimuka bumi ini.aku wujudkan blog ini untuk mengubah diri aku menjadi lebih baik dari dulu...semoga Allah perkenankan setiap apa yang aku buat ini dan moga Allah mengampuni setiap dosa yang pernah aku lakukan,yang sedang aku lakukan dan yang bakal aku lakukan...Wallahualam...TERIMA KASIH ALLAH kerana bagi aku ruang dan peluang sekali lagi untuk mengubah kehidupan aku ini....I LURV U ALLAH...
"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"

Sunday, 13 November 2011

Untuk Apa Saya Menjadikan Islam Agama Saya



Sudah fitrah manusia melakukan kesalahan kerana manusia itu tidak sempurna, manusia itu leka, lupa dan bermacam kekurangan lain lagi. Namun keinginan manusia melampaui apa yang sepatutnya, jadi Islam diwujudkan oleh Allah SWT agar kita dapat memperbaiki dan mengawal diri sendiri, Islam adalah agama yang tidak memaksa penganut agama lain untuk menganut Islam atau tidak, ia adalah bergantung pada diri individu itu sendiri. “Tiada paksaan dalam Islam,” ayat ini khusus untuk yang bukan Islam, Islam tidak menyuruh umatnya memaksa individu lain memeluk Islam dengan cara memaksa.

Jadi mengapa saya menjadikan Islam sebagai agama saya? Ini kerana Islam mengikut kehendak fitrah manusia yang sebenarnya. Sebagai contoh, antara arak dan susu, fitrah badan manusia memerlukan minuman berkhasiat seperti susu, oleh itu Islam melarang umatnya meminum atau memakan sesuatu yang memabukan dan memudaratkan tubuh badan. Adapun Islam mewajibkan umatnya solat 5 waktu sehari semalam, ini bagi memastikan tubuh kita mendapat pergerakkan yang baik pada setiap masa disamping memenuhi tuntutan agama. Keupayaan manusia juga terbatas, oleh itu Islam memudahkan umatnya dalam banyak hal.

Islam agama yang mulia. Sudah terang lagi bersuluh bahawa Islam itu agama yang suci disisi Allah SWT. Jika dilihat secara logik sekalipun Islam boleh membuktikan kesucian agama itu. Sebagai contoh, Al-Qur’an menyatakan kejadian langit, bintang, manusia yang pada ketika itu tidak seorang manusia pun mengetahui hal sedemikian. Islam juga mewajibkan amalan solat dan puasa, ianya bukan amalan yang sia-sia, disamping mendapat ganjaran pahala, tubuh badan kita akan sihat, bertenaga, ini kerana ketika kita sujud, darah mengalir dengan keadaan paling baik dan jika kita berpuasa, ia merehatkan perut dan mengurangkan penyakit dalam diri kita ini.

Kehebatan dan kelebihan Islam dikaji sendiri oleh saintis barat akan tetapi tidak dihebohkan dimata dunia kerana mereka takut ramai orang bukan Islam memeluk Islam kerana kehebatan sistem keagamaan Islam. Islam sebenarnya sudah mendahului kehebatan saintis dan sudah menitikberatkan soal keadaan terbaik manusia dan Islamlah yang meletakkan umatnya dalam keadaan yang paling baik sebagai seorang manusia. Jika dibandingkan dengan agama lain, Islam itu menyeluruh, tidak sahaja soal akhirat akan tetapi soal kehidupan, bahkan soal yang kecil seperti bersugi juga diajar dalam agama Islam.

Apa yang menjadikan Islam itu kuat? Islam akan menjadi kuat apabila umatnya mendirikan solat berjemaah dan merapatkan saf sehingga tiada ruang kosong walau sedikitpun. Ia adalah ikatan perpaduan antara jemaah yang lain. Sebab itu Islam menggalakan solat berjemaah. Ia satu cara untuk mengeratkan perpaduan antara
orang-orang Islam.

sumber : Nur Hidayah Wiyah

No comments:

Post a Comment