Ismi...

My photo
Blog ini wujud atas dasar aku ingin berkongsi setiap apa yang dipost oleh sahabat-sahabat dan rakan fesbuk ataupun sahabat-sahabat dari blog-blog lain agar dipermudahkan lagi untuk membaca dan menimba ilmu dengan lebih mendalam tentang Islam dan juga kata-kata hikmah,kata-kata semangat dan kata-kata yang memberi aku satu peluang untuk teruskan kehidupan ini dengan rasa kesyukuran di atas setiap kejadian dimuka bumi ini.aku wujudkan blog ini untuk mengubah diri aku menjadi lebih baik dari dulu...semoga Allah perkenankan setiap apa yang aku buat ini dan moga Allah mengampuni setiap dosa yang pernah aku lakukan,yang sedang aku lakukan dan yang bakal aku lakukan...Wallahualam...TERIMA KASIH ALLAH kerana bagi aku ruang dan peluang sekali lagi untuk mengubah kehidupan aku ini....I LURV U ALLAH...
"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"

Friday, 2 December 2011

Mengapa Wanita Memerlukan lelaki?

Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki?

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.
Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?
Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.
Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.
Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.
Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.
 
 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
Aku selalu menegur, tapi begitu pantang ditegur.
Aku selalu menasihati, tapi begitu payah untuk dinasihati.
Aku banyak berdosa, tapi jarang benar mengingatkan dosa.
Aku banyak melakukan maksiat, tapi masih diriku suka pada kemaksiatan.
Aku bencikan penipu, tapi aku juga adalah seorang penipu.
Aku bencikan musuh Islam, tapi aku jugalah yang merosakkan Islam.
 
 
------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
......>ISLAM ADALAH CARA HIDUP<......
1. Jika kite marah - TOPUP wuduk untuk menyejukkan jiwa.
2. Jika kite bingung - KLIK doa agar tenang hati.
3. Jika kita dipuji - RELOAD syukur supaya tidak alpa.
4. Jika kita gagal - DOWNLOAD usaha untuk memberi semangat.
5. Jika kita kecewa - RESTART tenaga agar sentiasa sedar.
6. Jika kita bersedih - SELECT ibu bapa untuk meluah perasaan.
7. Jika kita berdosa - UNDO perangai itu dan bersolat taubat.
8. Jika kita berdendam - DELETE buruk sangka supaya bersih hati.
9. Jika kita berbohong - BACKSPACE kata-kata untuk memperbetulkan keadaan.
10. Jika kita buat maksiat - REGISTER SOFTWARE sikap baru dan bertaubat nasuha.
 
 
 
 
sumber : kak wiyah @ Cahaya Petunjuk @ FB

No comments:

Post a Comment