Ismi...

My photo
Blog ini wujud atas dasar aku ingin berkongsi setiap apa yang dipost oleh sahabat-sahabat dan rakan fesbuk ataupun sahabat-sahabat dari blog-blog lain agar dipermudahkan lagi untuk membaca dan menimba ilmu dengan lebih mendalam tentang Islam dan juga kata-kata hikmah,kata-kata semangat dan kata-kata yang memberi aku satu peluang untuk teruskan kehidupan ini dengan rasa kesyukuran di atas setiap kejadian dimuka bumi ini.aku wujudkan blog ini untuk mengubah diri aku menjadi lebih baik dari dulu...semoga Allah perkenankan setiap apa yang aku buat ini dan moga Allah mengampuni setiap dosa yang pernah aku lakukan,yang sedang aku lakukan dan yang bakal aku lakukan...Wallahualam...TERIMA KASIH ALLAH kerana bagi aku ruang dan peluang sekali lagi untuk mengubah kehidupan aku ini....I LURV U ALLAH...
"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"

Friday, 2 December 2011

p0st dr bro Emmett Shazwan

Wahai Allah, kami hambaMu yang lemah sentiasa mendambakan petunjuk bimbingan Mu, sentiasa sedar akan segala nikmat yang diperoleh adalah semuanya pemberian dari Mu. Jadikanlah kami hamba Mu yang bersyukur.

Maafkan kesalahan kami yang dilakukan dengan kami sedar atau tidak. Sesungguhnya Engkau lah Tuhan, tempat bergantung harap. aamiin..ya Rabb al 'aalamiin... ~ ✿✿✿



-----------------------------------------------------------------------------------------------


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sekiranya aku dijemput menghadiri sesuatu majlis mahupun kecil atau besar nescaya aku menerima jemputan tersebut dan sekiranya aku dihadiahkan sesuatu barang yang bernilai atau tidak nescaya aku menerimanya juga.”
(Riwayat Hadith Al-Bukhari) ~ ✿✿✿


----------------------------------------------------------------------------------------------


Wahai Allah, kami hambaMu yang lemah sentiasa mendambakan petunjuk bimbingan Mu, sentiasa sedar akan segala nikmat yang diperoleh adalah semuanya pemberian dari Mu. Jadikanlah kami hamba Mu yang bersyukur.

Maafkan kesalahan kami yang dilakukan dengan kami sedar atau tidak. Sesungguhnya Engkau lah Tuhan, tempat bergantung harap. aamiin..ya Rabb al 'aalamiin... ~ ✿✿✿


------------------------------------------------------------------------------------------------


Dari Abdullah bin Umar katanya: ”Adalah kaum muslimin ketika baru sampai di kota Madinah, berkumpul menunggu waktu sembahyang kerana belum ada cara untuk memberitahu. Pada suatu hari mereka itu bermesyuarat tentang cara pemberitahuan waktu; ada yang mengatakan supaya menggunakan loceng seperti Nasrani dan ada pula yang mengatakan supaya menggunakan trompet seperti Yahudi. Maka berkata Umar bin al-Khattab r.a:” Bukankah lebih baik menyuruh seseorang meneriakkan atau memberitahukan waktu sembahyang?” Bersabda Rasulullah s.a.w: ”Hai Bilal, pergilah dan ajaklah orang-orang bersembahyang.” (Muslim) ~ ✿✿✿

p/s: hadis di atas memberitahu ttg asal usul azan.. :)


------------------------------------------------------------------------------------------------

"Jg diri Jg iman.. Jadilah manusia yg bermanfaat kepada org..."

------------------------------------------------------------------------------------------------


Ya Allah... tetapkanlah pendirianku...

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِي أَمْرِنَا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْوْمِ الْكَافِرِينَقَ
...
Maksudnya: "Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan); dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir"
(Ali'Imran:147)


-------------------------------------------------------------------------------------------------

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Allah mengutuk wanita yang bertatu atau minta ditatu, wanita yang mencukur alis dan mereka yang meminta dicukur alis mereka, wanita yang membentuk giginya agar kelihatan cantik dan mereka yang mengubah ciptaan Allah." (Riwayat Ibnu Mas’ud) ~ ✿✿✿


--------------------------------------------------------------------------------------------------



No comments:

Post a Comment