Ismi...

My photo
Blog ini wujud atas dasar aku ingin berkongsi setiap apa yang dipost oleh sahabat-sahabat dan rakan fesbuk ataupun sahabat-sahabat dari blog-blog lain agar dipermudahkan lagi untuk membaca dan menimba ilmu dengan lebih mendalam tentang Islam dan juga kata-kata hikmah,kata-kata semangat dan kata-kata yang memberi aku satu peluang untuk teruskan kehidupan ini dengan rasa kesyukuran di atas setiap kejadian dimuka bumi ini.aku wujudkan blog ini untuk mengubah diri aku menjadi lebih baik dari dulu...semoga Allah perkenankan setiap apa yang aku buat ini dan moga Allah mengampuni setiap dosa yang pernah aku lakukan,yang sedang aku lakukan dan yang bakal aku lakukan...Wallahualam...TERIMA KASIH ALLAH kerana bagi aku ruang dan peluang sekali lagi untuk mengubah kehidupan aku ini....I LURV U ALLAH...
"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"

Saturday, 3 December 2011

PENIAGA,PEDAGANG...

Ramai sahabat-sahabat Rasulullah yang telah berjaya sebagai pedagang dan peniaga walaupun pada awalnya mereka menghadapi banyak kesukaran dan rintangan. Malah boleh dikatakan bahawa Rasulullah telah berjaya melahirkan satu masyarakat perdagangan yang tumbuh dengan cepat selepas penghijrahan baginda ke Madinah. Rasulullah sebagai ketua negara telah memberikan motivasi dan galakkan kepada rakyat negara Islam dalam hal perdagangan. Rasulullah telah bersabda:
“9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (HR Tirmizi)

Antara sahabat-sahabat yang telah berjaya melalui motivasi perniagaan adalah;
 
 
Zubair Bin AwwamSemasa hijrah Rasulullah ke Madinah Zubair telah pergi ke Syria untuk berniaga. Kemudian beliau mengikuti jejak Rasulullah ke Madinah dan meninggalkan segala hasil perniagaannya di Mekah. Semasa beberapa tahun di Madinah Zubair hanya memperolehi pendapatan yang sedikit dari bidang pertanian. Dia terpaksa menghadapi banyak rintangan dan dugaan. Kemudian berkat kesabaran dan ketabahan beliau telah memulakan bidang perniagaan dan akhirnya menjadi orang yang kaya di Madinah.

Abdul Rahman Bin AufBeliau merupakan seorang pedagang yang cekap dan pandai berniaga. Beliau merupakan pedagang yang terkaya di Mekah. Apabila beliau memeluk Islam beliau telah meninggalkan segala hartanya di Mekah dan ikut berhijrah ke Madinah. Sampai di Madinah beliau terus mencari pasar untuk berniaga dan mampu bersaing dengan golongan pedagang yang sudah lama berdagang disana dan kemudian menjadi kaya.
 
 
Othman Bin AffanBeliau merupakan seorang sahabat yang mempunyai latar belakang pendidikan yang baik dan merupakan diantara sejumlah kecil yang mampu membaca dan menulis di Mekah. Apabila beliau dewasa beliau telah membabitkan diri dengan kegiatan perniagaan dan berjaya memperolehi keuntungan yang banyak. Apabila beliau berhijrah ke Madinah beliau telah membantu umat Islam yang dalam kehausan dengan membeli sebuah telaga kepunyaan orang yahudi dengan harga 35,ooo dirham kerana orang yahudi tidak membenarkan orang Islam menggunakannya.

(^,^) Medan perniagaan adalah antara tempat turunnya limpahan rahmat Ilahi kepada Muslim yang melakukan kebajikan dalam bidang perniagaan. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Allah memberikan rahmat-Nya pada setiap orang yang bersikap baik ketika menjual, membeli dan membuat suatu kenyataan.” (HR Bukhari).
p/s : (^,^) ayuh kwan2 !!mulakan langkah usahawan anda..biarpun sekecil mana bisnes yg kita jalankan,Insya-Allah lama-kelamaan ia kan berkembg n membukit jugk suatu hari nanti...yg pentg semangat, usaha yg berterusan tanpa berputus asa, doa & tawakal~~~Allah sentiasa bersamamu=]
 
 

No comments:

Post a Comment