Ismi...

My photo
Blog ini wujud atas dasar aku ingin berkongsi setiap apa yang dipost oleh sahabat-sahabat dan rakan fesbuk ataupun sahabat-sahabat dari blog-blog lain agar dipermudahkan lagi untuk membaca dan menimba ilmu dengan lebih mendalam tentang Islam dan juga kata-kata hikmah,kata-kata semangat dan kata-kata yang memberi aku satu peluang untuk teruskan kehidupan ini dengan rasa kesyukuran di atas setiap kejadian dimuka bumi ini.aku wujudkan blog ini untuk mengubah diri aku menjadi lebih baik dari dulu...semoga Allah perkenankan setiap apa yang aku buat ini dan moga Allah mengampuni setiap dosa yang pernah aku lakukan,yang sedang aku lakukan dan yang bakal aku lakukan...Wallahualam...TERIMA KASIH ALLAH kerana bagi aku ruang dan peluang sekali lagi untuk mengubah kehidupan aku ini....I LURV U ALLAH...
"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"

Friday, 2 December 2011

Solat Sunat Istikharah

SOLAT SUNAT ISTIKHARAH

Solat Istikharah dilakukan bagi mengetahui penentuan tentang kebaikan dan pekerjaan yang akan oleh seseorang yang dia sendiri tidak dapat pastikan. Dengan solat ini, mudah-mudahan Allah SWT menunjukkan petandaNya, kalau baik natijahnya, diteruskan dan kalau tidak baik, tidak akan dilaksanakan.


أصَلِّي سُنَّةَ الإِسْتِخَارَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Setelah al-Fatihah, bacalah Surah Al-Kafirun pada rakaat pertama, sementara pada rakaat kedua bacalah Surah al-Ikhlas.

Doa Solat Istikharah

اللَّهُمَّ إنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ ،وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ ،وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلا أَقْدِرُ، وَتَعْلَمُ وَلا أَعْلَمُ ، وَأَنْتَ عَلامُ الْغُيُوبِ ، اللَّهُمَّ إنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ ............ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ : عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ ، فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ ، اللَّهُمَّ وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ ................... شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ : عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ ، فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ ارْضِنِي بِهِ ،

"Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu."

p/s : dilakukan sebanyak 3 kali berturut-turut


sumber : Ya Qayyum Najmee

No comments:

Post a Comment