Ismi...

My photo
Blog ini wujud atas dasar aku ingin berkongsi setiap apa yang dipost oleh sahabat-sahabat dan rakan fesbuk ataupun sahabat-sahabat dari blog-blog lain agar dipermudahkan lagi untuk membaca dan menimba ilmu dengan lebih mendalam tentang Islam dan juga kata-kata hikmah,kata-kata semangat dan kata-kata yang memberi aku satu peluang untuk teruskan kehidupan ini dengan rasa kesyukuran di atas setiap kejadian dimuka bumi ini.aku wujudkan blog ini untuk mengubah diri aku menjadi lebih baik dari dulu...semoga Allah perkenankan setiap apa yang aku buat ini dan moga Allah mengampuni setiap dosa yang pernah aku lakukan,yang sedang aku lakukan dan yang bakal aku lakukan...Wallahualam...TERIMA KASIH ALLAH kerana bagi aku ruang dan peluang sekali lagi untuk mengubah kehidupan aku ini....I LURV U ALLAH...
"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"

Sunday, 13 November 2011

6 JENIS WAJAH MAYAT DI DALAM KUBUR

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih oii…. Kalau kawan-kawan nak tahu bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap) api neraka kawan-kawan cubalah cucuh hujung jari kawan-kawan dengan api, macam mana rasanya? Boleh tahan tak?

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri… harta yang haram. Merompak… harta haram. Melesapkan duit kawan… harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba’.


sumber : Blogger penulissenja

No comments:

Post a Comment