Ismi...

My photo
Blog ini wujud atas dasar aku ingin berkongsi setiap apa yang dipost oleh sahabat-sahabat dan rakan fesbuk ataupun sahabat-sahabat dari blog-blog lain agar dipermudahkan lagi untuk membaca dan menimba ilmu dengan lebih mendalam tentang Islam dan juga kata-kata hikmah,kata-kata semangat dan kata-kata yang memberi aku satu peluang untuk teruskan kehidupan ini dengan rasa kesyukuran di atas setiap kejadian dimuka bumi ini.aku wujudkan blog ini untuk mengubah diri aku menjadi lebih baik dari dulu...semoga Allah perkenankan setiap apa yang aku buat ini dan moga Allah mengampuni setiap dosa yang pernah aku lakukan,yang sedang aku lakukan dan yang bakal aku lakukan...Wallahualam...TERIMA KASIH ALLAH kerana bagi aku ruang dan peluang sekali lagi untuk mengubah kehidupan aku ini....I LURV U ALLAH...
"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"

Sunday, 13 November 2011

Sharing Is Loving


Soalan Muhasabah Diri buat diriku yang Faqir dan Dhaif..mari kita sama2 tanya diri..dan sama2 perbaiki diri kita yang serba kekurangan ini...

Adakah anda amalkan berpuasa sunat dan melakukannya,kerana Allah?

Adakah anda terlalu banyak makan dan minum sehingga melebihi had kekenyangan?

Adakah anda menjaga pandangan anda dan tidak melihat sesuatu yang haram?

Adakah anda memelihara pendengaran anda dan tidak mendengar muzik..mendengar orang2 mengumpat..mendengar lagu yang LAGHA?

Adakah anda telah berbakti kepada kedua ibubapa?

Adakah anda telah menyambung silaturrahim?

Adakah anda telah berbuat baik kepada jiran?

Adakah anda telah menyambung tali persaudaraan dengan orang yang telah memutuskan hubungannya dengan anda?

Adakah anda tekah memaafkan orang yang telah menzalimi anda?

Adakah anda telah bersedekah walaupun anda sendiri susah?

Adakah anda banyak mengingati mati?

Adakah anda sentiasa mengingati Allah dalam apa jua keadaan?

Adakah anda banyak beristighfar?

Adakah anda banyak membaca La ilaha illallah, La haula wa la quwwata illa billah dan berselawat ke Nabi Muhammad SAW?

Adakah anda iltizam dengan bacaan al-Quran setiap hari?

Adakah anda menghadiri majlis-majlis ilmu?

Adakah anda membaca buku-buku yang bermanfaat?
 
Adakah anda turut serta bekerja secara positif untuk Islam kerana Allah?

Adakah anda bercita-cita untuk mati syahid di jalan Allah dan berusaha sungguh2 untuk mencapainya?

Adakah anda telah mengiringi setiap kejahatan dan suatu kebaikan?

Adakah anda telah bersegera untuk bertaubat bila melakukan dosa?


Petikan dari buku " Menuju Personaliti Rabbani"

sumber : cinta Bakar

No comments:

Post a Comment